Majlis Himpunan 24,000 Huffaz 2024
Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan) akan menganjurkan “MAJLIS HIMPUNAN 24,000 HUFFAZ 2024” yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia.
Himpunan 24,000 Huffaz
Majlis ini akan menghimpunkan kira-kira 24,000 para ustaz dan pelajar institusi tahfiz seluruh negara dan terbuka kepada umat islam umumnya. Majlis ini adalah kesinambungan daripada Majlis Himpunan 23K Huffaz pada tahun 2023 yang telah berjaya mengumpulkan para ustaz dan pelajar institusi tahfiz seluruh malaysia pada 11 Mac 2023.
Majlis Pengerat Ukhuwah
Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara warga tahfiz dan memperkukuhkan perpaduan umat Islam disamping mencari keberkatan daripada Allah SWT. Ia juga turut menjadi medan di mana para tokoh agama dan ulama tanahair berkumpul untuk menyumbangkan pemikiran serta kearifan dalam mengeratkan ukhuwah Islamiyah.
Pelbagai Aktiviti Menarik
Antara aktiviti yang bakal menyemarakkan majlis termasuklah sesi ceramah perdana, solat hajat, dan Khatam Al-Quran yang akan memperkukuhkan lagi kesinambungan dan keberkesanan perhimpunan ini. Dalam konteks pembangunan pendidikan Islam di negara kita, acara ini menjadi penting kerana memberikan platform yang unik bagi pemangkinan nilai-nilai keagamaan dan pengukuhan tahfiz Al-Quran.
Huffaz tonggak modal insan
Suara institusi tahfiz perlu diangkat dan dibela serta pemerkasaan institusi tahfiz perlu dilaksana secara tuntas baik dari pihak rakyat jelata mahupun pihak pemerintah. Diharapkan dengan kejayaan himpunan ini dari kehadiran ulama’ dan umara’, impak yang signifikan bagi kemajuan dan kemuliaan institusi pendidikan agama di negara kita dapat dicapai.
Himpunan 24,000 Huffaz
Majlis ini akan menghimpunkan kira-kira 24,000 para ustaz dan pelajar institusi tahfiz seluruh negara dan terbuka kepada umat islam umumnya. Majlis ini adalah kesinambungan daripada Majlis Himpunan 23K Huffaz pada tahun 2023 yang telah berjaya mengumpulkan para ustaz dan pelajar institusi tahfiz seluruh malaysia pada 11 Mac 2023.
Majlis Pengerat Ukhuwah
Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara warga tahfiz dan memperkukuhkan perpaduan umat Islam disamping mencari keberkatan daripada Allah SWT. Ia juga turut menjadi medan di mana para tokoh agama dan ulama tanahair berkumpul untuk menyumbangkan pemikiran serta kearifan dalam mengeratkan ukhuwah Islamiyah.
Pelbagai Aktiviti Menarik
Antara aktiviti yang bakal menyemarakkan majlis ini termasuklah sesi ceramah perdana, solat hajat, dan Khatam Al-Quran yang akan memperkukuhkan lagi kesinambungan dan keberkesanan perhimpunan ini. Dalam konteks pembangunan pendidikan Islam di negara kita, acara ini menjadi penting kerana memberikan platform yang unik bagi pemangkinan nilai-nilai keagamaan dan pengukuhan tahfiz Al-Quran.